PENDAFTARAN PENGAMBILAN BAKAL-BAKAL REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-56 ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI Pendaftaran sekarang dibukakan untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai bakal-bakal Rekrut Wanita Pengambilan Ke-56 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mengikut syarat-syarat kelayakan dan kemasukan yang telah ditetapkan. Pendaftaran mula dibukakan bermula pada Isnin, 14 Oktober 2019 hingga Rabu, 23 Oktober 2019. Tempat Pendaftaran di Pejabat Pengambilan Jabatanarah Keanggotaan, Bolkiah Garison ( berdekatan dengan bangunan Pancaragam ABDB ). Tarikh dan Masa di buka adalah seperti berikut:
Pemohon-pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun ( 0 hari 0 bulan ) sebelum latihan bermula pada 10 April 2020. Pemohon-pemohon mestilah berpakaian kemas ( baju kurong ) serta berkasut dan juga membawa risalah-risalah seperti: a. Sijil kelulusan akademik sekolah yang asal b. Kad Pengenalan asal c. Sijil berhenti sekolah Tempat Letak Kereta: Kawasan letak kereta belakang bangunan Pancaragam ABDB Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Pejabat Pengambilan ABDB Jabatanarah Keanggotaan Kementerian Pertahanan Bolkiah Garison BB3510 Tel: 2386898 Atau layari laman web : E-mail : FRO@mindef.gov.bn ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAN KEMASUKAN BAGI PENGAMBILAN BAKAL REKRUT WANITA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI Berikut adalah syarat-syarat kategori dan kemasukan serta proses pemilihan bagi yang berminat untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai Bakal Rekrut Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Syarat-Syarat Kategori Pemohon yang berminat untuk menceburi kerjaya tentera hendaklah terdiri daripada dua kategori yang telah ditetapkan. 1. Bagi Kategori A, syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut: a. Terdiri daripada rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dan mempunyai Kad Pintar yang berwarna 'KUNING' sahaja. 2. Bagi Kategori B, syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut: a. Terdiri daripada rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam. Pemohon hendaklah mempunyai suratkuasa undang-undang negara bertulis mengenai dengan KERAKYATAN serta mempunyai Kad Pintar yang berwarna 'KUNING' sahaja. Syarat-Syarat Kemasukan 1. Taraf Kelamin. Pemohon hendaklah berstatus Bujang, belum pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak. 2. Umur. Pemohon hendaklah berumur di antara 18 tahun sehingga 25 tahun 0 bulan 0 hari (semasa bermulanya tarikh Penyerahan Bakal Rekrut atau Holding Platoon dilaksanakan). 3. Ketinggian Badan. Pemohon hendaklah mempunyai ketinggian 152cm (05 Kaki). 4. Indek Jisim Tubuh (Body Mass Index). Pemohon hendaklah mempunyai keputusan Indek Jisim Tubuh antara 19 hingga 27. 5. Kelayakan Akademik. Pemohon hendaklah mempunyai kelulusan seperti berikut: a. Minima 2 Kredit (Gred A, B atau C) Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa 'O' Level di dalam apa sahaja mata pelajaran. b. BTEC Level 2 Extended Certificate atau BDTVEC Skill Certificate 2 atau ISQ (Industrial Skill Qualification) atau NTC 2 (National Trade Certificate) atau yang sebanding dengannya. c. Kelulusan akademik yang lebih tinggi adalah menjadi satu kelebihan. 6. Tahap Kesihatan.Pemohon dikehendaki untuk mengisi Borang Deklarasi Kesihatan dan akan menjalani pemeriksaan kelayakan kesihatan sebelum mengikuti proses pemilihan awal. Pemohon hendaklah sihat dan tidak cacat anggota, tidak mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kronik, masalah pernafasan, masalah jantung, masalah mental serta bekas kecederaan teruk seperti patah pada bahagian anggota tubuh badan dan sebagainya. Tidak cacat pendengaran dan penglihatan serta tidak rabun warna. Mempunyai tahap kesihatan gigi yang baik. 7. Tapisan Keselamatan. Setiap pemohon hendaklah bebas daripada sebarang kesalahan awam atau jenayah, tidak pernah disabit atau diadu, tidak pernah terlibat dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan agensi luar seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Mahkamah Awam dan Syariah, Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah dan sebagainya. Setiap pemohon akan menjalani Tapisan Keselamatan (Security Vetting) dan Ujian Air Kencing (UAK) yang akan dikendalikan oleh pihak ABDB. Proses Pemilihan Pemohon yang telah memenuhi syarat-syarat kategori dan kemasukan akan dipanggil bagi mengikuti Proses Pemilihan sepertimana yang dihuraikan di bawah ini. 1. Ujian Ketahanan Jasmani. Setiap pemohon akan mengikuti ujian ketahanan jasmani seperti berikut: a. Ujian Renang yang mana setiap pemohon akan berenang sejauh 50 meter dengan menggunakan Gaya Bebas dan Kuak Dada. b. Ujian Individual Fitness Assessment (IFA) yang mana setiap pemohon akan berlari sejauh 2.4km dan diikuti dengan ujian statik bagi menguji kecergasan tubuh badan iaitu Pull-Up, Sit-Up and Push-Up dalam masa satu minit pada setiap ujian. *Perlu diingatkan bahawa ujian IFA hanya akan dibuat oleh pemohon jika sekiranya pemohon tersebut lulus dalam ujian Renang. 2. Ujian Bertulis. Pemohon hendaklah lulus dalam ke semua ujian bertulis yang dikendalikan seperti berikut: a. Ujian Kemahiran Bahasa Melayu. b. Ujian Psikologi dan Literasi (Brunei Armed Forces Recruit Battery–BARB). 3. Pemeriksaan PULHEEMS. Pemohon hendaklah lulus dalam pemeriksaan PULHEEMS yang dikendalikan oleh pihak Pusat Khidmat Kesihatan dan Perubatan. 4. Temuduga dan Penilaian Akhir. Pemohon akan ditemuduga oleh Badan Temuduga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang dilantik. Pemohon yang LULUS secara keseluruhannya dan yang telah DISOKONG PENUH oleh Badan Temuduga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan diserahkan kepada Kompeni Rekrut Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison bagi mengikuti Latihan Holding Platoon selama 02 hingga 03 minggu sebelum melaksanakan Latihan Asas Ketenteraan selama 03 bulan. "BORANG PENDAFTARAN" boleh dimuat turun "DI SINI" dan dihantarkan ke: Pejabat Pengambilan ABDB Jabatanarah Keanggotaan Kementerian Pertahanan Bolkiah Garison BB3510 ( berdekatan dengan bangunan Pancaragam ABDB ) Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Pengambilan ABDB: Tel: 2386898 |
↧
Pengambilan Rekrut Wanita
↧