DIRECTORATE OF ADMINISTRATION AND MANPOWER HAJI ABDUL MALIK BIN HAJI KAMIS INTRODUCTION Directorate of Administration and Manpower is the centre for management and administration of civil manpower as well as to provide support services to the Ministry of Defence in matters relating to Civilian administration, training and discipline, religious affairs and ex-servicemen affairs. BRIEF HISTORY Before Ministry of Defence was established, Directorate of Administration and Manpower (DAM) was formerly known as Force Civil Manpower Office (FCMO). In the 1970s, this department was head by a Force Civil Manpower officer and the main office was situated in Berakas Camp. The function of this department was to manage the administration matter concerning personnel in the Royal Brunei Malay Regiment. In 1983, the post for Head of Force Civil Manpower was later known as Civil Secretary under the Superscale 'C' Group. After independence and the establishment of Ministry of Defence in 1984, the Force Civil Manpower Office was administered by a Permanent Secretary. In 1986, the Force Civil Manpower Office was later changed into a Directorate and was renamed as Directorate of Policy and Administration (DPA). It was under the administration of a Director of Policy and Administration. The main office was situated at Istana Nurul Iman. In 1988, two Permanent Secretary was later appointed in the Ministry of Defence. Then Directorate of Policy and Administration was renamed as Directorate of Administration and Manpower (DAM) until today. This directorate is under the administration of the Permanent Secretary (Administration and Finance). The main office is situated in the Ministry of Defence, Bolkiah Garrison. To manage civilians human resources and enable MINDEF to achieve ROLES • As an administration centre to manage the affairs of civil manpower housekeeping services ORGANISATION STRUCTURE JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA PENGENALAN Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia merupakan satu pusat bagi pengurusan dan pentadbiran Sumber Tenaga Manusia Awam. Antara peranannya juga adalah memberikan bantuan perkhidmatan sokongan kepada Kementerian Pertahanan dalam hal-hal yang berhubungan dengan pentadbiran Awam, latihan dan disiplin, hal ehwal keagamaan dan hal ehwal pesara tentera. SEJARAH RINGKAS Sebelum Kementerian Pertahanan ditubuhkan, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia (JPTM) sebelum ini dikenali sebagai Pejabat Kerahan Tenaga Awam (PKTM). Pada tahun 1970, Pejabat ini diketuai oleh seorang Pegawai Kerahan Tenaga Awam dan pejabat utama terletak di Perkhemahan Berakas. Antara peranan dan fungsi pejabat tersebut adalah bagi mengurus hal ehwal pentadbiran kakitangan awam yang berkhidmat di dalam Rejimen Askar Melayu Diraja Brunei. Pada tahun 1983, jawatan bagi Ketua Kerahan Tenaga Awam kemudiannya dikenali sebagai Setiausaha Awam didalam tanggagaji kumpulan iaitu Superscale C. Selepas kemerdekaan dan penubuhan Kementerian Pertahanan pada tahun 1984, Pejabat Kerahan Tenaga Awam ditadbir oleh seorang Setiausaha Tetap. Pada tahun 1986, Pejabat Kerahan Tenaga Awam kemudiannya diubah kepada satu Jabatanarah yang dikenali sebagai Jabatanarah Dasar dan Pentadbiran. Ianya ditabir oleh seorang Pengarah Dasar dan Pentadbiran dan Pejabat utama terletak di Istana Nurul Iman. Pada tahun 1988, dua orang Setiausaha Tetap kemudiannya dilantik untuk berkhidmat di Kementerian Pertahanan. Jabatanarah Dasar dan Pentadbiran kemudian telah ditukar gelaran menjadi Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia (JPTM) sehingga sekarang dan ditadbir di bawah pentadbiran Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan). Pejabat utama pada masa ini terletak di bangunan Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison. MISI Mengurus Sumber Tenaga Manusia Awam dan membantu untuk mencapai objektif strategik Kementerian Pertahanan. PERANAN • Sebagai satu pusat pentadbiran bagi mengurus hal ehwal tenaga awam • Menyalurkan sumber tenaga yang berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan strategik Kementerian Pertahanan. (Biasiswa). • Menjalankan pengambilan dan hal pentadbiran untuk professional teknikal awam yang dikontrak untuk melakukan kerja-kerja penyelanggaraan ke atas Mindef dan ABDB. • Mengurus penyimpanan dokumen dan maklumat (Arkib)
|
↧
Administration and Manpower
↧