PENDAFTARAN DITUTUP BAKAL-BAKAL PEGAWAI KADET LELAKI DAN WANITA Tarikh bagi pendaftaran Bakal Pegawai Kadet Lelaki dan Wanita Pengambilan Ke 20 Siri 1/2020 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bermula pada Hari Isnin, 06 Januari 2020 hingga hari Khamis, 30 Januari 2020. Tempat Pendaftaran: Pejabat Pengambilan Jabatanarah Keanggotaan, Bolkiah Garison (berdekatan dengan bangunan Pancaragam ABDB) Pemohon-Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun (0 bulan 0 hari) sebelum badan penauliahan bermula pada 13 April 2020. Pemohon-Pemohon mestilah membawa risalah-risalah seperti : a. Sijil Kelulusan Akademik Sekolah yang asal b. Kad Pengenalan asal Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Pejabat Penggambilan Jabatanarah Keanggotaan Tel : 2386898 Untuk keterangan lanjut layari laman web :
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAN KEMASUKAN BAGI PENGAMBILAN BAKAL PEGAWAI KADET LELAKI DAN WANITA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI Berikut adalah syarat-syarat kategori dan kemasukan bagi yang berminat untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai Bakal Pegawai Kadet Lelaki dan Wanita Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Syarat-Syarat Kategori Pemohon yang berminat untuk menceburi kerjaya tentera hendaklah terdiri daripada dua kategori yang telah ditetapkan. 1. Bagi Kategori A, syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
2. Bagi Kategori B, syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
Syarat-Syarat Kemasukan Pemohon yang berminat untuk menceburi kerjaya tentera mestilah memenuhi syarat-syarat kemasukan yang telah di tetapkan sepertimana yang dihuraikan di bawah ini. 1. Taraf Kelamin. Pemohon mestilah berstatus bujang dan belum pernah berkahwin bagi lelaki dan bagi wanita mestilah berstatus bujang, tidak pernah berkahwin/mengandung/ melahirkan anak. 2. Umur. Pemohon hendaklah berumur di antara 18 tahun sehingga 28 tahun 0 bulan 0 hari (semasa bermulanya tarikh Badan Penauliahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dilaksanakan). 3. Ketinggian Badan. Pemohon hendaklah mempunyai ketinggian minima 160cm (05 Kaki 03 Inci) bagi bakal Pegawai Kadet Lelaki dan minima 152cm (05 Kaki) bagi bakal Pegawai Kadet Wanita. 4. Indek Jisim Tubuh (Body Mass Index). Pemohon hendaklah mempunyai keputusan Indek Jisim Tubuh antara 19 hingga 27. 5. Kelayakan Akademik. Kelayakan minima bagi pemohon adalah Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) di dalam apa jua bidang yang diceburi. Kelayakan Akademik yang lebih tinggi adalah menjadi keutamaan seperti Sarjana Muda (Degree) dan Sarjana (Master). 6. Tahap Kesihatan. Pemohon dikehendaki untuk mengisi Borang Deklarasi Kesihatan dan akan menjalani pemeriksaan kelayakan kesihatan sebelum mengikuti proses pemilihan awal. Pemohon hendaklah sihat, tidak cacat anggota dan tidak mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kronik, masalah pernafasan, masalah jantung, masalah mental serta bekas kecederaan teruk seperti patah pada bahagian anggota tubuh badan dan sebagainya. Tidak cacat pendengaran dan penglihatan serta tidak rabun warna. Mempunyai tahap kesihatan gigi yang baik. 7. Tapisan Keselamatan. Setiap pemohon hendaklah bebas daripada sebarang kesalahan awam atau jenayah, tidak pernah disabit atau diadu, tidak pernah terlibat dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan agensi luar seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Mahkamah Awam dan Syariah, Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah dan sebagainya. Setiap pemohon akan menjalani Tapisan Keselamatan (Security Vetting) dan Ujian Air Kencing (UAK) yang akan dikendalikan oleh pihak ABDB. Proses Pemilihan Pemohon yang telah memenuhi syarat-syarat kategori dan kemasukan akan dipanggil bagi mengikuti Proses Pemilihan sepertimana yang dihuraikan di bawah ini. 1. Pemeriksaan Pergigian. Pemeriksaan pergigian hendaklah sihat (Fit Dental). Pemeriksaan dan keputusan ini diperiksa dan disahkan oleh Pegawai Perubatan ABDB. 2. Pemeriksaan Kesihatan.
3. Ujian Ketahanan Jasmani. Setiap pemohon akan mengikuti ujian ketahanan jasmani seperti berikut:
4. Ujian Bertulis. Pemohon hendaklah lulus dalam ujian bertulis iaitu Ujian Kemahiran Bahasa Inggeris dan Ujian Psikologi. 5. Badan Penauliahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Badan Penauliahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei merupakan satu badan yang bersidang dalam pemilihan Bakal Pegawai Kadet Lelaki dan Wanita yang dikendalikan dalam jangkamasa 1 minggu. Beberapa fasa akan dilaksanakan seperti Suitability For Training, Ability To Think Rationally and Critically and Ability To Lead. 6. Badan Temuduga Akhir Pemohon yang LULUS secara keseluruhannya dan yang telah DISOKONG PENUH oleh Badan Penauliahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan mengikuti Latihan Pengenalan Awal dan tempoh Kursus Pegawai Kadet selama 52 minggu di Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kampung Tanah Jambu.
"BORANG PENDAFTARAN" boleh dimuat turun "DI SINI" dan dihantarkan ke:
Pejabat Pengambilan ABDB Jabatanarah Keanggotaan Kementerian Pertahanan Bolkiah Garison BB3510 ( berdekatan dengan bangunan Pancaragam ABDB )
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Pengambilan ABDB pada waktu bekerja: 2386898 |
↧
Officer Cadet School
↧