Quantcast
Channel: MINDEF: Site Pages
Viewing all articles
Browse latest Browse all 262

Military Recruitment

$
0
0



PENDAFTARAN
BAKAL-BAKAL REKRUT LELAKI 

ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI 

Pendaftaran sekarang dibukakan untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-168 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mengikut syarat-syarat kelayakan dan kemasukan yang telah ditetapkan. 

Pendaftaran dibukakan bermula pada hari Isnin, 01 Februari 2021 hingga hari Jumaat, 12 Februari 2021.

Tatacara Pendaftaran 

Dalam usaha menangani situasi pandemik COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada masa ini serta langkah mengurangi risiko disamping menjaga keselamatan kedua pihak iaitu anggota Pejabat Pengambilan dan juga pemohon dari penularan wabak tersebut. Dari itu, Pejabat Pengambilan melalui Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai dengan DUA (02) TATACARA pendaftaran bakal Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-168 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei adalah seperti berikut:

 

1.                  Tatacara Atas Talian (online).

a.         Pendaftaran dibukakan secara atas talian (online) di laman sesawang http://www.mindef.gov.bn(Career - Military Recruitment (male)).

b.         Pemohon dikehendaki untuk memuat turun borang pendaftaran, BORANG PENDAFTARAN boleh dimuat turun "DI SINI".

c.         Borang yang sudah lengkap diisi berserta dengan salinan elektronik (scanned copy) segala risalah-risalah dan sijil-sijil akademik hendaklah dihantar ke emel RO.recruit@mindef.gov.bn.

d.         Pemohon akan dimaklumkan melalui emel bagi pembahagian waktu dan tarikh untuk hadir ke Pejabat Pengambilan ABDB bagi proses seterusnya iaitu pemeriksaan ketinggian, berat badan dan Indeks Jisim Tubuh (IJT).

e.         Makluman seterusnya akan disampaikan kepada pemohon yang telah lulus proses kemasukan dan pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (IJT) yang dinyatakan diatas.

f.          Tarikh tutup permohonan pada hari Jumaat, 12 Februari 2021 jam 1630 petang. Mana-mana penghantaran yang lewat pada tarikh dan jam tersebut, tidak akan diterima.


2.                  Tatacara Pandu Lalu (Drive-thru).

a.        Pendaftaran secara pandu lalu (drive-thru) bertempat di Pusat Boling Padang, Hassanal Bolkiah Stadium Complex.

b.         Pemohon akan menyerahkan risalah-risalah seperti berikut:

  • 1x Salinan Kad Pengenalan Pintar,
  • 1x Salinan Sijil-Sijil Akademik.
     

c.         Tarikh dan masa bagi pendaftaran pandu lalu adalah seperti berikut:

Tarikh 01 Februari 2021 hingga 11 Februari 2021
 (Setiap hari Isnin hingga hari Khamis, hari Jumaat ditutup bagi membuat pentadbiran)
Jam

0830 pagi hingga 1100 pagi

1430 petang hingga 1600 petang


d.        Peta bagi pendaftaran pandu lalu iaitu di kawasan Pusat Boling Padang, Hassanal Bolkiah Stadium Complex adalah seperti berikut:


e.         Pemohon akan diberikan nota kecil bagi pembahagian waktu dan tarikh untuk hadir ke Pejabat Pengambilan ABDB bagi proses seterusnya iaitu pemeriksaan ketinggian, berat badan dan Indeks Jisim Tubuh (IJT).

f.      Makluman seterusnya akan disampaikan kepada pemohon yang telah lulus proses kemasukan dan pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (IJT) yang dinyatakan diatas.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemohon-pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun (0 bulan 0 hari) sebelum latihan bermula pada

03 September 2021.

Alamat Pejabat Pengambilan (pemohon akan hadir mengikut giliran yang diberikan):

Pejabat Pengambilan Jabatanarah Keanggotaan, Bolkiah Garison

(berdekatan dengan bangunan Pancaragam ABDB)


Pemohon-pemohon mestilah membawa risalah-risalah seperti:

- Sijil Kelulusan Akademik Sekolah yang asal.

- Kad Pengenalan Pintar asal.


Pemohon-pemohon mestilah berpakaian kemas serta berkasut




Tempat Letak Kereta:
Kawasan letak kereta belakang bangunan Pancaragam ABDB

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: 

Pejabat Pengambilan Jabatanarah Keanggotaan 
Bolkiah Garison  
Tel: 2386898

Atau layari laman web: 

http://www.mindef.gov.bn (Career - Military Recruitment (male)).

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAN KEMASUKAN BAGI

PENGAMBILAN BAKAL REKRUT LELAKI

ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI 

 Berikut adalah syarat-syarat kategori dan kemasukan serta proses pemilihan bagi yang berminat untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai Bakal Rekrut Lelaki Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Syarat-Syarat Kategori

Pemohon yang berminat untuk menceburi kerjaya tentera hendaklah terdiri daripada dua kategori yang telah ditetapkan.

1.         Bagi Kategori A, syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:

a.         Terdiri daripada rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dan mempunyai Kad Pengenalan Pintar yang berwarna 'KUNING' sahaja.
b.         Pemohon hendaklah dilahirkan di Negara Brunei Darussalam.
c.         Tergolong dalam tujuh Puak Jati Bangsa Melayu (Brunei, Tutong, Belait, Kedayan, Dusun, Murut dan Bisaya).

2.        Bagi Kategori B, syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:

a.    Terdiri daripada rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.   Pemohon hendaklah mempunyai suratkuasa undang-undang negara bertulis mengenai dengan KERAKYATAN serta mempunyai Kad Pengenalan Pintar yang berwarna 'KUNING' sahaja.
b.         Pemohon yang lahir di luar Negara.
c.         Pemohon bukan tergolong dalam tujuh Puak Jati Bangsa Melayu (Brunei, Tutong, Belait, Kedayan, Dusun, Murut dan Bisaya).
d.         Pemohon hendaklah berugama Islam dan menurut adat resam Melayu.
e.      Pemohon dikehendaki untuk menghadapkan surat permohonan ke pihak ABDB beserta dengan risalah yang diperlukan bagi tindakan lanjut.

Syarat-Syarat Kemasukan

Pemohon yang berminat untuk menceburi kerjaya tentera mestilah memenuhi syarat-syarat kemasukan yang telah di tetapkan sepertimana yang dihuraikan di bawah ini.

1.        Taraf Kelamin. Pemohon berstatus bujang atau berkahwin.

2.       Umur. Pemohon hendaklah berumur di antara 18 tahun sehingga 25 tahun 0 bulan 0 hari (semasa latihan bermula).

3.        Ketinggian Badan. Pemohon hendaklah mempunyai ketinggian minima 155cm (05 Kaki 01 Inci).

4.        Indek Jisim Tubuh (Body Mass Index). Pemohon hendaklah mempunyai keputusan Indek Jisim Tubuh antara 19 hingga 27.

5.        Kelayakan Akademik. Pemohon hendaklah mempunyai kelulusan seperti berikut:

a.         Minima 2 Kredit (Gred A, B atau C) Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa 'O' Level di dalam apa sahaja mata pelajaran.

b.        BTEC Level 2  Extended Certificate atau BDTVEC Skill Certificate 2 atau ISQ (Industrial Skill Qualification) atau NTC 2 (National Trade Certificate) atau yang sebanding dengannya.

c.        Kelulusan akademik yang lebih tinggi adalah menjadi satu kelebihan.

6.      Tahap Kesihatan. Pemohon dikehendaki untuk mengisi Borang Deklarasi Kesihatan dan akan menjalani pemeriksaan kelayakan kesihatan sebelum mengikuti proses pemilihan awal.   Pemohon hendaklah sihat, tidak cacat anggota dan tidak mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kronik, masalah pernafasan, masalah jantung, masalah mental serta bekas kecederaan teruk seperti patah pada bahagian anggota tubuh badan dan sebagainya.   Tidak cacat pendengaran dan penglihatan serta tidak rabun warna.   Mempunyai tahap kesihatan gigi yang baik.

7.       Tapisan Keselamatan. Setiap pemohon hendaklah bebas daripada sebarang kesalahan awam atau jenayah, tidak pernah disabit atau diadu, tidak pernah terlibat dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan agensi luar seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Mahkamah Awam dan Syariah, Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah dan sebagainya.   Setiap pemohon akan menjalani Tapisan Keselamatan (Security Vetting) dan Ujian Air Kencing (UAK) yang akan dikendalikan oleh pihak ABDB.

Proses Pemilihan

Pemohon yang telah memenuhi syarat-syarat kategori dan kemasukan akan dipanggil bagi mengikuti Proses Pemilihan sepertimana yang dihuraikan di bawah ini.

1.       Ujian Ketahanan Jasmani. Setiap pemohon akan mengikuti ujian ketahanan jasmani seperti berikut:

a.       Ujian Renang yang mana setiap pemohon akan berenang sejauh 50 meter dengan menggunakan Gaya Bebas dan Kuak Dada.

b.      Ujian Individual Fitness Assessment (IFA) yang mana setiap pemohon akan berlari sejauh 2.4km dan diikuti dengan ujian statik bagi menguji kecergasan tubuh badan iaitu Pull up, Sit-Up dan Push-Up dalam masa satu minit pada setiap ujian.

*Perlu diingatkan bahawa ujian IFA hanya akan dibuat oleh pemohon jika sekiranya pemohon tersebut lulus dalam ujian Renang. 

2.         Ujian Bertulis.   Pemohon hendaklah lulus dalam ke semua ujian bertulis iaitu Ujian Kemahiran Bahasa Melayu dan Ujian Psikologi.

3.         Pemeriksaan Pergigian.   Pemeriksaan pergigian hendaklah sihat (Fit Dental). Pemeriksaan dan keputusan ini diperiksa dan disahkan oleh Pegawai Perubatan ABDB.

4.       Pemeriksaan Kesihatan PULHHEEMS.    Pemohon hendaklah lulus dalam Pemeriksaan Kesihatan PULHHEEMS yang dikendalikan oleh pihak Pusat Khidmat Kesihatan dan Perubatan.

5.     Temuduga dan Penilaian Akhir.   Pemohon akan ditemuduga oleh unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang dilantik.   Penilaian kemasukan ke unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan dibuat oleh Badan Temuduga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang bersidang kemudian.

Pemohon yang LULUS secara keseluruhannya dan yang telah DISOKONG PENUH oleh Badan Temuduga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan diserahkan kepada Kompeni Rekrut Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison bagi mengikuti Latihan Holding Platoon selama 02 hingga 03 minggu sebelum melaksanakan Latihan Asas Ketenteraan selama 06 bulan.  

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Pengambilan ABDB pada waktu berkerja.

Tel:  2386898



Viewing all articles
Browse latest Browse all 262

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>