Quantcast
Channel: MINDEF: Site Pages
Viewing all articles
Browse latest Browse all 262

Military Recruitment

$
0
0

PENDAFT ARAN BAKAL REKRUT LELAKI 
PENGAMBILAN KE 164 
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI 

Pendaftaran sekarang dibukakan untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke 164 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mengikut syarat-syarat kemasukan. 

Pendaftaran dibukakan bermula pada hari Isnin, 13 Ogos 2018 hingga hari Jumaat, 14 September 2018 jam 1100 pagi

Tarikh dan Masa dibukakan adalah seperti berikut: 

JADUAL WAKTU PENDAFT ARAN
​ISNIN
0800 hingga 1130
1330 hingga 1530​
​Pendaftaran 
SELASA​0800 hingga 1130 
1330 hingga 1530
​Pendaftaran 
​RABU
​​Pentadbiran dan Taklimat
​KHAMIS
0800 hingga 1130 
1330 hingga 1530
​Pendaftaran 
​JUMAAT
Pentadbiran ​​
​SABTU/AHAD
​Tutup
​HARI KELEPASAN AWAM
​Tutup​​

Pemohon-Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun (0 hari 0 bulan) sebelum latihan bermula pada 07 Januari 2019. 

Pemohon-Pemohon mestilah berpakaian kemas dan membawa risalah-risalah seperti berikut:

a. Sijil Kelulusan Akademik Sekolah yang asal
b. Kad Pengenalan asal
c. Sijil Berhenti Sekolah

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: 

Pejabat Pengambilan 
Jabatanarah Keanggotaan 
B 11 Tingkat 1 & 2 Spg 32-66 
Flat Anggerek Desa 

Tel: 2383073/2383075 

Atau layari laman web: 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAN KEMASUKAN BAGI

PENGAMBILAN BAKAL REKRUT LELAKI

ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI 

 Berikut adalah syarat-syarat kategori dan kemasukan serta proses pemilihan bagi yang berminat untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai Bakal Rekrut Lelaki Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Syarat-Syarat Kategori

Pemohon yang berminat untuk menceburi kerjaya tentera hendaklah terdiri daripada dua kategori yang telah ditetapkan.

1.         Bagi Kategori A, syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:

a.         Terdiri daripada rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dan mempunyai Kad Pintar yang berwarna 'KUNING' sahaja.
b.         Pemohon hendaklah dilahirkan di Negara Brunei Darussalam.
c.         Tergolong dalam tujuh Puak Jati Bangsa Melayu (Brunei, Tutong, Belait, Kedayan, Dusun, Murut dan Bisaya).

2.        Bagi Kategori B, syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:

a.    Terdiri daripada rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.   Pemohon hendaklah mempunyai suratkuasa undang-undang negara bertulis mengenai dengan KERAKYATAN serta mempunyai Kad Pintar yang berwarna 'KUNING' sahaja.
b.         Pemohon hendaklah dilahirkan di Negara Brunei Darussalam.
c.         Pemohon bukan tergolong dalam tujuh Puak Jati Bangsa Melayu (Brunei, Tutong, Belait, Kedayan, Dusun, Murut dan Bisaya).
d.         Pemohon hendaklah berugama Islam dan menurut adat resam Melayu.
e.      Pemohon dikehendaki untuk menghadapkan surat permohonan ke pihak ABDB beserta dengan risalah yang diperlukan bagi tindakan lanjut.

Syarat-Syarat Kemasukan

Pemohon yang berminat untuk menceburi kerjaya tentera mestilah memenuhi syarat-syarat kemasukan yang telah di tetapkan sepertimana yang dihuraikan di bawah ini.

1.        Taraf Kelamin. Pemohon berstatus Bujang atau berkahwin.

2.       Umur. Pemohon hendaklah berumur di antara 18 tahun sehingga 25 tahun 0 bulan 0 hari (semasa bermulanya tarikh Penyerahan Bakal Rekrut atau Holding Platoon dilaksanakan).

3.        Ketinggian Badan. Pemohon hendaklah mempunyai ketinggian 155cm (05 Kaki 01 Inci).

4.        Indek Jisim Tubuh (Body Mass Index). Pemohon hendaklah mempunyai keputusan Indek Jisim Tubuh antara 19 hingga 27.

5.        Kelayakan Akademik. Pemohon hendaklah mempunyai kelulusan seperti berikut:

a.         Minima 2 Kredit (Gred A, B atau C) Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa 'O' Level di dalam apa sahaja mata pelajaran.

b.        BTEC Level 2  Extended Certificate atau BDTVEC Skill Certificate 2 atau ISQ (Industrial Skill Qualification) atau NTC 2 (National Trade Certificate) atau yang sebanding dengannya.

c.        Kelulusan akademik yang lebih tinggi adalah menjadi satu kelebihan.

6.      Tahap Kesihatan. Pemohon dikehendaki untuk mengisi Borang Deklarasi Kesihatan dan akan menjalani pemeriksaan kelayakan kesihatan sebelum mengikuti proses pemilihan awal.   Pemohon hendaklah sihat dan tidak cacat anggota, tidak mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kronik, masalah pernafasan, masalah jantung, masalah mental serta bekas kecederaan teruk seperti patah pada bahagian anggota tubuh badan dan sebagainya.   Tidak cacat pendengaran dan penglihatan serta tidak rabun warna.   Mempunyai tahap kesihatan gigi yang baik.

7.        Tapisan Keselamatan. Setiap pemohon hendaklah bebas daripada sebarang

kesalahan awam atau jenayah, tidak pernah disabit atau diadu, tidak pernah terlibat dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan agensi luar seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Mahkamah Awam dan Syariah, Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah dan sebagainya.   Setiap pemohon akan menjalani Tapisan Keselamatan (Security Vetting) dan Ujian Air Kencing (UAK) yang akan dikendalikan oleh pihak ABDB.

Proses Pemilihan

Pemohon yang telah memenuhi syarat-syarat kategori dan kemasukan akan dipanggil bagi mengikuti Proses Pemilihan sepertimana yang dihuraikan di bawah ini.

1.       Ujian Ketahanan Jasmani. Setiap pemohon akan mengikuti ujian ketahanan jasmani seperti berikut:

a.       Ujian Renang yang mana setiap pemohon akan berenang sejauh 50 meter dengan menggunakan Gaya Bebas dan Kuak Dada.

b.      Ujian Individual Fitness Assessment (IFA) yang mana setiap pemohon akan berlari sejauh 2.4km dan diikuti dengan ujian statik bagi menguji kecergasan tubuh badan iaitu Heaving, Sit-Up and Push-Up dalam masa satu minit pada setiap ujian.

*Perlu diingatkan bahawa ujian IFA hanya akan dibuat oleh pemohon jika sekiranya pemohon tersebut lulus dalam ujian Renang.

2.         Ujian Bertulis.   Pemohon hendaklah lulus dalam ke semua ujian bertulis yang dikendalikan seperti berikut:

a.         Ujian Kemahiran Bahasa Melayu.

b.         Ujian Psikologi dan Literasi (Brunei Armed Forces Recruit Battery–BARB).

c.         Ujian Standard Score Grading (SSG).

3.       Pemeriksaan PULHEEMS.    Pemohon hendaklah lulus dalam pemeriksaan PULHEEMS yang dikendalikan oleh pihak Pusat Khidmat Kesihatan dan Perubatan.

4.     Temuduga dan Penilaian Akhir.   Pemohon akan ditemuduga oleh unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang dilantik.   Penilaian kemasukan ke unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan dibuat oleh Badan Temuduga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang bersidang kemudian.

Pemohon yang LULUS secara keseluruhannya dan yang telah DISOKONG PENUH oleh Badan Temuduga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan diserahkan kepada Kompeni Rekrut Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison bagi mengikuti Latihan Holding Platoon selama 02 hingga 03 minggu sebelum melaksanakan Latihan Asas Ketenteraan selama 06 bulan.  

 

"BORANG PENDAFTARAN" boleh dimuat turun "DI SINI" dan dihantarkan ke:


Pejabat Pengambilan ABDB Jabanatarah Keanggotaan
B11 Tingkat 1 & 2 Spg 32-66
Flat Anggerek Desa

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Pengambilan ABDB: 

2383074/ 2383075



Viewing all articles
Browse latest Browse all 262

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>